Video Korporat USIM (Bahasa Melayu) - 2011

PENTING - MAKLUMAN TERKINI!

Ujian Penilaian Malaysian Soft Skills Scale (My3s) - Pelajar Tahun 1 Cetak Emel

PENGUMUMAN

Adalah dimaklumkan SEMUA PELAJAR TAHUN SATU (1) WARGANEGARA MALAYSIA adalah DIWAJIBKAN mengisi ujian Penilaian Malaysian Soft Skills Scale (My3S) dengan mengakses laman sesawang Malaysian Soft Skills Scale (My3S)

Laman Sesawang berikut : http://jpt.mohe.gov.my/my3s/members/index_home.php

(klik link untuk ke sistem Malaysian Soft Skills Scale (My3S))

Tarikh Ujian : 7 November 2011 hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, boleh menghubungi Fakulti masing-masing atau Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI).

Pelajar dinasihatkan menjawab ujian ini lebih awal agar tidak mengalami masalah bebanan talian akibat kesesakan akses disaat akhir pada sistem Penilaian Malaysian Soft Skills Scale (My3S) ini. Untuk makluman Penilaian ini turut melibatkan semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia. Penilaian ini adalah bagi membolehkan pelajar sendiri mengetahui tahap Kemahiran Insaniah (KI) seterusnya melakukan usaha penambahbaikan.


Akses pelajar adalah menggunakan NO. MATRIK dan NO. KAD PENGENALAN sebagai Nama Pengguna dan Kata Laluan.

Sunday 28 August 2011

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Seluruh Warga Kerja Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin. 

Semoga Aidilfitri yang mendatang memberikan 1001 Rahmat dan keceriaan buat kita semua.


Hati-hati memandu dan semoga selamat tiba ke destinasi untuk bersama insan yang tersayang..


Kepada bakal pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang akan mendaftar pada 7 September 2011 (Rabu), Warga Kerja Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) mengucapkan tahniah dan syabas kerana terpilih untuk mengikuti pengajian di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

InsyaAllah segala persiapan untuk menerima kehadiran saudara dan saudari hampir 100% selesai dilaksanakan. 

Harapan kami adalah semoga saudara dan saudari akan dapat memberikan usaha yang terbaik di sepanjang pengajian di USIM agar mencapai kecemerlangan akademik serta memiliki Kemahiran Insaniah (KI) yang tinggi seterusnya lahir sebagai graduan USIM yang mudah mendapat tempat dipasaran pekerjaan selain memenuhi amanah dan harapan keluarga tercinta.

Sekian Wassalam.
29 Ramadhan 1432H
29 Ogos 2011

No comments:

Post a Comment