Video Korporat USIM (Bahasa Melayu) - 2011

PENTING - MAKLUMAN TERKINI!

Ujian Penilaian Malaysian Soft Skills Scale (My3s) - Pelajar Tahun 1 Cetak Emel

PENGUMUMAN

Adalah dimaklumkan SEMUA PELAJAR TAHUN SATU (1) WARGANEGARA MALAYSIA adalah DIWAJIBKAN mengisi ujian Penilaian Malaysian Soft Skills Scale (My3S) dengan mengakses laman sesawang Malaysian Soft Skills Scale (My3S)

Laman Sesawang berikut : http://jpt.mohe.gov.my/my3s/members/index_home.php

(klik link untuk ke sistem Malaysian Soft Skills Scale (My3S))

Tarikh Ujian : 7 November 2011 hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, boleh menghubungi Fakulti masing-masing atau Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI).

Pelajar dinasihatkan menjawab ujian ini lebih awal agar tidak mengalami masalah bebanan talian akibat kesesakan akses disaat akhir pada sistem Penilaian Malaysian Soft Skills Scale (My3S) ini. Untuk makluman Penilaian ini turut melibatkan semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia. Penilaian ini adalah bagi membolehkan pelajar sendiri mengetahui tahap Kemahiran Insaniah (KI) seterusnya melakukan usaha penambahbaikan.


Akses pelajar adalah menggunakan NO. MATRIK dan NO. KAD PENGENALAN sebagai Nama Pengguna dan Kata Laluan.

Sunday 25 September 2011

PENTING : UJIAN ePKI PELAJAR TAHUN 1 DAN 2 DIWAJIBKAN

PENGUMUMAN PENTING
klik gambar untuk ke sistem ePKI

Adalah dimaklumkan SEMUA pelajar tahun satu (1) dan tahun dua (2) DIWAJIBKAN mengisi ujian Pencapaian Kemahiran Insaniah menerusi sistem ePKI.

Tarikh Ujian : 26 September - 9 Oktober 2011 ( 2 minggu sahaja)

Untuk sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Fakulti masing-masing atau Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah dan melayari www.ppki-usim.blogspot.com

Pelajar dinasihatkan menjawab ujian ini lebih awal agar tidak mengalami masalah bebanan talian akibat kesesakan akses disaat akhir pada sistem ePKI. Ujian ini adalah bagi membolehkan pelajar sendiri mengetahui  tahap Kemahiran Insaniah (KI) seterusnya melakukan usaha penambahbaikan. Data ujian akan digunakan pihak USIM bagi merangka programpembangunan pelajar.


Login ID dan Passwords adalah menggunakan sistem eWADI pelajar.


Terima kasih.

No comments:

Post a Comment