Video Korporat USIM (Bahasa Melayu) - 2011

PENTING - MAKLUMAN TERKINI!

Ujian Penilaian Malaysian Soft Skills Scale (My3s) - Pelajar Tahun 1 Cetak Emel

PENGUMUMAN

Adalah dimaklumkan SEMUA PELAJAR TAHUN SATU (1) WARGANEGARA MALAYSIA adalah DIWAJIBKAN mengisi ujian Penilaian Malaysian Soft Skills Scale (My3S) dengan mengakses laman sesawang Malaysian Soft Skills Scale (My3S)

Laman Sesawang berikut : http://jpt.mohe.gov.my/my3s/members/index_home.php

(klik link untuk ke sistem Malaysian Soft Skills Scale (My3S))

Tarikh Ujian : 7 November 2011 hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, boleh menghubungi Fakulti masing-masing atau Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI).

Pelajar dinasihatkan menjawab ujian ini lebih awal agar tidak mengalami masalah bebanan talian akibat kesesakan akses disaat akhir pada sistem Penilaian Malaysian Soft Skills Scale (My3S) ini. Untuk makluman Penilaian ini turut melibatkan semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia. Penilaian ini adalah bagi membolehkan pelajar sendiri mengetahui tahap Kemahiran Insaniah (KI) seterusnya melakukan usaha penambahbaikan.


Akses pelajar adalah menggunakan NO. MATRIK dan NO. KAD PENGENALAN sebagai Nama Pengguna dan Kata Laluan.

Sunday 28 August 2011

PENGUKURAN TAHAP KEMAHIRAN INSANIAH (KI)


PENGUKURAN TAHAP KEMAHIRAN INSANIAH (KI)

Instrument (sistem) pengukuran tahap Kemahiran Insaniah (KI) ini dibangunkan bagi membolehkan pelajar mengetahui tahap Kemahiran Insaniah (KI) semasa.

Menerusi Instrument (sistem) ini pelajar berpeluang melakukan usaha dan tindakan penambahbaikan dari hasil keputusan ujian seterusnya mempertingkatkan Kemahiran Insaniah (KI) yang perlu dimiliki.

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan USIM khususnya menggunakan data ujian yang diperolehi bagi membangunkan dan melaksanakan tindakan serta pelan strategik ke arah melahirkan Graduan USIM yang Holistik serta memenuhi kehendak pasaran semasa.

My3S : Skala Kemahiran Insaniah Malaysia
e-PKI : Sistem Maklumat Pencapaian Kemahiran Insaniah (KI) Graduan
Pemilik Sistem : Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT)
Pemilik Sistem : Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Urusetia : Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI)

Semua pelajar WAJIB mengisikan soal selidik bagi menguji tahap KI menerusi sistem ini menerusi arahan USIM & KPT

Data pencapaian KI pelajar menerusi My3S merupakan mekanisma pemantauan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Semua pelajar WAJIB mengisikan soal selidik menerusi sistem bagi menguji tahap KI diri ini setiap tahun.

Pelajar memiliki akses bagi melihat pencapai tahap KI diri seterusnya berpeluang melakukan penambahbaikan diri berdasarkan keputusan ujian.

Data pencapaian KI pelajar menerusi     e-PKI ini digunakan USIM bagi merangka program pembangunan Kemahiran Insaniah (KI) yang strategik dan  lebih berkesan.

No comments:

Post a Comment