Video Korporat USIM (Bahasa Melayu) - 2011

PENTING - MAKLUMAN TERKINI!

Ujian Penilaian Malaysian Soft Skills Scale (My3s) - Pelajar Tahun 1 Cetak Emel

PENGUMUMAN

Adalah dimaklumkan SEMUA PELAJAR TAHUN SATU (1) WARGANEGARA MALAYSIA adalah DIWAJIBKAN mengisi ujian Penilaian Malaysian Soft Skills Scale (My3S) dengan mengakses laman sesawang Malaysian Soft Skills Scale (My3S)

Laman Sesawang berikut : http://jpt.mohe.gov.my/my3s/members/index_home.php

(klik link untuk ke sistem Malaysian Soft Skills Scale (My3S))

Tarikh Ujian : 7 November 2011 hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, boleh menghubungi Fakulti masing-masing atau Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI).

Pelajar dinasihatkan menjawab ujian ini lebih awal agar tidak mengalami masalah bebanan talian akibat kesesakan akses disaat akhir pada sistem Penilaian Malaysian Soft Skills Scale (My3S) ini. Untuk makluman Penilaian ini turut melibatkan semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia. Penilaian ini adalah bagi membolehkan pelajar sendiri mengetahui tahap Kemahiran Insaniah (KI) seterusnya melakukan usaha penambahbaikan.


Akses pelajar adalah menggunakan NO. MATRIK dan NO. KAD PENGENALAN sebagai Nama Pengguna dan Kata Laluan.

Sunday 28 August 2011

DEFINISI KEMAHIRAN INSANIAH


DEFINISI KEMAHIRAN INSANIAH

Kemahiran Insaniah (KI) (Soft Skills) merangkumi aspek-aspek kemahiran generik. Walaupun tidak terdapat suatu senarai kemahiran khusus tentang KI, namun kebanyakannya berkait dengan penguasaan kemahiran seperti kepemimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi dan pembelajaran berterusan (KPT, 2006)

Secara umumnya tidak terdapat definisi yang tepat bagi terma soft skills atau Kemahiran Insaniah (KI). Walaubagaimanapun, soft skills atau Kemahiran Insaniah (KI)adalah dikaitkan dengan trait personaliti individu, bijak berkomunikasi, pandai mendapatkan kenalan, berdaya tahan dan berinovatif

1 comment:

  1. Casino Slots - DrMCD
    Slots are a popular option for 목포 출장샵 anyone who wants to play their favourite games. Casino Slots. If you want to 청주 출장마사지 try 경주 출장샵 out some of the most 광주광역 출장마사지 popular 오산 출장마사지 casino games,

    ReplyDelete