Video Korporat USIM (Bahasa Melayu) - 2011

PENTING - MAKLUMAN TERKINI!

Ujian Penilaian Malaysian Soft Skills Scale (My3s) - Pelajar Tahun 1 Cetak Emel

PENGUMUMAN

Adalah dimaklumkan SEMUA PELAJAR TAHUN SATU (1) WARGANEGARA MALAYSIA adalah DIWAJIBKAN mengisi ujian Penilaian Malaysian Soft Skills Scale (My3S) dengan mengakses laman sesawang Malaysian Soft Skills Scale (My3S)

Laman Sesawang berikut : http://jpt.mohe.gov.my/my3s/members/index_home.php

(klik link untuk ke sistem Malaysian Soft Skills Scale (My3S))

Tarikh Ujian : 7 November 2011 hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, boleh menghubungi Fakulti masing-masing atau Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI).

Pelajar dinasihatkan menjawab ujian ini lebih awal agar tidak mengalami masalah bebanan talian akibat kesesakan akses disaat akhir pada sistem Penilaian Malaysian Soft Skills Scale (My3S) ini. Untuk makluman Penilaian ini turut melibatkan semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia. Penilaian ini adalah bagi membolehkan pelajar sendiri mengetahui tahap Kemahiran Insaniah (KI) seterusnya melakukan usaha penambahbaikan.


Akses pelajar adalah menggunakan NO. MATRIK dan NO. KAD PENGENALAN sebagai Nama Pengguna dan Kata Laluan.

Tuesday 6 September 2011

SELAMAT DATANG PELAJAR BARU USIM SESI AKADEMIK 2011/2012

Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) USIM mengucapkan selamat datang kepada para pelajar baru Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi sesi Akademik 2011/2012 yangmula mendaftar pada hari ini di Stadium Tertutup Nilai, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.


Wajah keriangan sebagai ahli baru USIM

Tahniah dan syabas kerana terpilih untuk meneruskan pengajian di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). 

 
 .
Tidak lupa mempersilakan ibu bapa, keluarga dan pelajar untuk hadir dan melawat ke gerai pameran PPKI dan badan beruniform SUKSIS, SISPA, BSM dan PALAPES di perkarangan Stadium Tertutup Nilai bagi mendapatkan informasi terkini berkaitan pembangunan Kemahiran Insaniah (KI) pelajar dan maklumat lanjut bagi menyertai badan beruniform.


Semoga saudara saudari akan dapat memberikan yang terbaik dan dapat mencapai kecemerlangan akademik serta menguasai Kemahiran Insaniah (soft skills) yang diperlukan agar lahir sebagai graduan yang holistik dan mudah mendapat tempat dipasaran pekerjaan.

konvo4

Selamat maju jaya dan teruskan perjuangan.

No comments:

Post a Comment