| KI 1 | Kemahiran Berkomunikasi (CS - Communication Skills) |
| CS1 | Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan dengan penuh keyakinan, secara lisan dan bertulis. |
| CS2 | Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum balas. |
| CS3 | Kebolehan membuat pembentangan secara jelas, penuh keyakinan dan bersesuaian dengan tahap pendengar. |
| KI 2 | Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah (CTPS - Critical Thinking and Problem Solving ) |
| CTPS1 | Kebolehan mengenal pasti dan menganalisis masalah dalam situasi kompleks dan kabur, serta membuat penilaian yang berjustifikasi |
| CTPS2 | Kebolehan mengembang dan membaiki kemahiran berfikir seperti menjelaskan, menganalisis dan menilai perbincangan |
| CTPS3 | Kebolehan mencari idea dan mencari penyelesaian alternatif. |
| KI 3 | Kemahiran Kerja Berpasukan (TS - Team Work Skills) |
| TS1 | Kebolehan membina hubungan baik, berinteraksi dan bekerja secara efektif bersama untuk mencapai objektif yang sama |
| TS2 | Kebolehan memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua kumpulan dan ahli kumpulan |
| TS3 | Kebolehan mengenali dan menghormati sikap, kelakuan, dan kepercayaan orang lain |
| KI 4 | Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat (LL - Lifelong Learning and Information Management) |
| LL1 | Kebolehan mencari dan mengurus maklumat yang relevan daripada pelbagai sumber |
| LL2 | Kebolehan menerima idea baru dan berkeupayaan untuk pembelajaran autonomi |
| KI 5 | Kemahiran Keusahawanan (ES - Entrepreneurship Skills) |
| ES1 | Kebolehan mengenal pasti peluang perniagaan |
| ES2 | Kebolehan merangka perancangan perniagaan |
| ES3 | Kebolehan membina, meneroka dan merebut peluang perniagaan dan pekerjaan |
| KI 6 | Etika dan Moral Profesional (EM - Ethics & Professional Morals) |
| EM1 | Kebolehan memahami kesan ekonomi, alam sekitar dan sosiobudaya dalam amalan profesional |
| EM2 | Kebolehan menganalisis dan membuat keputusan dalam penyelesaian masalah berkaitan etika |
| .KI 7 | Kemahiran Kepimpinan (LS - Leadership Skills) |
| LS1 | Pengetahuan tentang teori asas kepimpinan |
| LS2 | Kebolehan untuk memimpin projek |
| LS3 | Kebolehan untuk memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua pasukan dan anggota pasukan |


No comments:
Post a Comment