Video Korporat USIM (Bahasa Melayu) - 2011

PENTING - MAKLUMAN TERKINI!

Ujian Penilaian Malaysian Soft Skills Scale (My3s) - Pelajar Tahun 1 Cetak Emel

PENGUMUMAN

Adalah dimaklumkan SEMUA PELAJAR TAHUN SATU (1) WARGANEGARA MALAYSIA adalah DIWAJIBKAN mengisi ujian Penilaian Malaysian Soft Skills Scale (My3S) dengan mengakses laman sesawang Malaysian Soft Skills Scale (My3S)

Laman Sesawang berikut : http://jpt.mohe.gov.my/my3s/members/index_home.php

(klik link untuk ke sistem Malaysian Soft Skills Scale (My3S))

Tarikh Ujian : 7 November 2011 hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, boleh menghubungi Fakulti masing-masing atau Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI).

Pelajar dinasihatkan menjawab ujian ini lebih awal agar tidak mengalami masalah bebanan talian akibat kesesakan akses disaat akhir pada sistem Penilaian Malaysian Soft Skills Scale (My3S) ini. Untuk makluman Penilaian ini turut melibatkan semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia. Penilaian ini adalah bagi membolehkan pelajar sendiri mengetahui tahap Kemahiran Insaniah (KI) seterusnya melakukan usaha penambahbaikan.


Akses pelajar adalah menggunakan NO. MATRIK dan NO. KAD PENGENALAN sebagai Nama Pengguna dan Kata Laluan.

Sunday 11 December 2011

FESTIVAL KOKURIKULUM MAHASISWA (FESKOM) II 2011

 FESTIVAL KOKURIKULUM MAHASISWA (FESKOM) II 2011
‘Menjana Transformasi Graduan Holistik ‘


LATAR BELAKANG PROGRAM 


Festival Kokurikulum Mahasiswa atau dikenali sebagi FESKOM merupakan program yangdianjurkan secara berkala setiap semester bertujuan sebagai platform untuk pelajar kokurikulum semester berkenaan mempraktikkan kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi sepanjang mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit di bawah seliaan Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah.


Penglibatan dalam Kursus Kokurikulum Berkredit akan memberikan lebih banyak ruang untuk pelajar menimba ilmu, pengetahuan dan kemahiran menerusi kaedah “Experiential learning” dan praktikal menerusi pelaksanaan tugasan, projek dan program oleh pelajar menerusi Kursus Kokurikulum Berkeredit. 


Selain itu Penglibatan dalam Kursus Kokurikulum Berkredit juga bertujuan enanamkan sikap “suka berdikari”, “memiliki minat mendalam” dan “rasa bertanggungjawab” terhadap diri pelajar untuk meneroka, mencari dan menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran atas kesedaran untuk membangunkan diri sendiri terutama dalam menguasai Kemahiran Insaniah (KI) agar lahir sebagai seorang graduan yang holistik serta mudah diterima dalam alam pekerjaan.


OBJEKTIF PROGRAM

1.   Memberikan platform untuk pelajar kokurikulum semester berkenaan mempraktikkan kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi sepanjang mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit.

2.   Melahirkan mahasiswa/i yang prihatin dan bersedia untuk memberikan khidmat kepada masyarakat menerusi kemahiran dan pengalaman yang dimiliki.

3.   Mengukuhkan kesedaran mahasiswa/i berkenaan kepentingan menguasai Kemahiran Insaniah (KI) selain pencapaian akademik yang cemerlang.


4.   Menjana kesedaran akan peri pentingnya penjagaan kesihatan menerusi aktiviti sukan dan riadah agar membentuk mahasiswa yang seimbang dari segi rohani dan jasmani.

TENTATIF PROGRAM

1.       PERTANDINGAN DAN BENGKEL KEMAHIRAN SEMPENA FESKOM
Tarikh        : 14 Disember 2011 (Rabu)
Tempat      : Kompleks Sukan Tuanku Najihah
Masa         : 2.00 hingga 6.30 petang


Bil
Acara Pertandingan
Tempat
Penyertaan
1
Pertandingan Tenpin Boling
Mega Lane Bukit Jalil
Terbuka
2
Pertandingan Boling Padang
Gelanggang Boling Padang Sepang
Terbuka
3
Pertandingan Bola Sepak
Padang Bola Sepak USIM
Terbuka
4
Pertandingan Bola Tampar
Gelanggang Bola Tampar USIM
Terbuka
5
Pertandingan Bola Jaring
Gelanggang Bola Jaring USIM
Terbuka
6
Pertandingan Bola Baling
Gelanggang Bola Baling USIM
Terbuka
7
Pertandingan Futsal
Gelanggang Futsal USIM
Terbuka
8
Pertandingan Tenis
Gelanggang Tenis USIM
Terbuka
9
Pertandingan Takraw
Gelanggang Takraw USIM
Terbuka
10
Pertandingan Khat Arab
Kompleks Sukan Tuanku Najihah
Terbuka
11
Klinik Memanah
Gelanggang Memanah USIM
Terbuka
12
Klinik Golf
Kompleks Sukan Tuanku Najihah
Terbuka

2.       MAJLIS PERASMIAN FESKOM II TAHUN 2011 & PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA TAMAN DESA ANGGERIK
Tarikh        : 17 Disember 2011 (Sabtu)
Tempat      : Padang Sukan Taman Desa Anggerik
Masa         : 7.30 hingga 11.30 pagi
Pakaian     : Sukan


Masa
Aturcara
7.30 pagi
- Ketibaan para pelajar
8.00 pagi
- Ketibaan Pengarah PPKI dan Jemputan
8.15 pagi
- Ketibaan Y.Bhg. Dato’ Naib Canselor USIM
- Bacaan Doa
- Ikrar pelajar
- Ucapan PengarahPPKI
- Ucapan Pengerusi JKKK Taman Anggerik
- Ucapan Y.Bhg. Dato’ Naib Canselor USIM
8.30 pagi
- Acara Senaman MEGA 1Malaysia
- Demo Taekwando dan Silat
9.00 pagi
- Minum pagi
9.00 pagi
- Acara Gotong Royong PERDANA 1 Malaysia Bersama Penduduk 
  Taman Anggerik
10.30 pagi
- Jamuan Pagi Bersama Penduduk Taman Anggerik
11.00 pagi
- Bersurai
 
3. MAJLIS PENUTUP DAN MALAM KESENIAN
Tarikh        : 17 Disember 2011 (Sabtu)
Tempat      : Dewan Kuliah Pusat 3 USIM
Masa         : 8.00 hingga 10.30 malam
Pakaian     : Batik (lelaki & wanita)


Masa
Aturcara
8.00 mlm
- Ketibaan Para Pelajar
8.15 mlm
- Ketibaan Pengarah PPKI dan Jemputan
8.30 mlm
- Ketibaan Y.Bhg. Dato’ TNC HEPA USIM
- Nyanyian Lagu USIM
- Bacaan Doa
- Ucapan Pengarah PPKI
- Ucapan Y.Bhg. Dato’ TNC HEPA
9.00 mlm
- Persembahan Nasyid
- Persembahan Teater
- Persembahan Koir
- Persembahan Nasyid
10.00 mlm
- Penyampaian Ikon Kokurikulum
- Penyampaian Hadiah Pertandingan
- Penyampaian Cenderamata
10.30 mlm
- Minum Malam & Bersurai

Penglibatan adalah diwajibkan bagi semua pelajar yang mengambil Kursus Kokurikulum Semester 1 sesi 2011/2012 seramai 1,462 pelajar yang terdiri dari Kursus Teras Sukan, Teras Kebudayaan dan Teras Kesukarelawanan

Thursday 1 December 2011

PENGUMUMAN

Adalah dimaklumkan SEMUA PELAJAR TAHUN SATU (1) WARGANEGARA MALAYSIA adalah  DIWAJIBKAN mengisi ujian Penilaian Malaysian Soft Skills Scale (My3S) dengan mengakses laman sesawang Malaysian Soft Skills Scale (My3S)

Laman Sesawang berikut : http://jpt.mohe.gov.my/my3s/members/index_home.php
(klik link untuk ke sistem Malaysian Soft Skills Scale (My3S))
Tarikh Ujian : 7 November 2011 hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, boleh menghubungi Fakulti masing-masing atau Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI).


Pelajar dinasihatkan menjawab ujian ini lebih awal agar tidak mengalami masalah bebanan talian akibat kesesakan akses disaat akhir pada sistem Penilaian Malaysian Soft Skills Scale (My3S) ini.  Untuk makluman Penilaian ini turut melibatkan semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia.  Penilaian ini adalah bagi membolehkan pelajar sendiri mengetahui tahap Kemahiran Insaniah (KI) seterusnya melakukan usaha penambahbaikan.


Akses pelajar adalah menggunakan NO. MATRIK dan NO. KAD PENGENALAN sebagai Nama Pengguna dan Kata Laluan.


JADUAL PELAKSANAAN UJIAN MY3S KPT
UNTUK RUJUKAN PELAJAR 

Pelajar adalah dinasihatkan TIDAK MENUNGGU sehingga saat akhir untuk melakukan ujian kerana dibimbangi berlaku kegagalan sistem atas faktor bebanan akses pada saat akhir.

BIL
PELAKSANAAN
TARIKH SASARAN
CATATAN
1
Penyelarasan “Database”
15 – 24 November 2011
PPKI SELAKU URUSETIA MELAKUKAN PENYELARASAN DATABASE MNGIKUT FORMAT KPT DENGAN KERJASAMA PTM USIM
2
Menyerahkan “Database” Kepada JPT
25 November 2011
DATABASE DISERAHKAN KEPADA KPT UNTUK PERSEDIAAN SISTEM
2
Penyelarasan SISTEM My3S data yang diterima  dari USIM
25 – 30 November 2011
DATABASE DI INTEGRASIKAN MENERUSI SISTEM MY3S
3
Sistem boleh diakses dan  Ujian My3S boleh dimulakan oleh pelajar tahun akhir
1 Disember 2011
PELAJAR BOLEH MULA MENGAKSES SISTEM DAN MELAKUKAN UJIAN MY3S
4
Tarikh Tamat
- SASARAN USIM 95% PELAJAR TAHUN SATU MENJALANI UJIAN MY3S
6 Januari 2012
TARIKH AKHIR PELAJAR MELAKUKAN UJIAN MY3S & AKSES SISTEM DIBUKA SEHINGGA             12.00 TENGAH MALAM
(SISTEM DIBUKA SELAMA 5 MINGGU)

Selamat menjalani ujian
TERIMA KASIH

Sunday 6 November 2011

PERHIMPUNAN DAN MAJLIS PENTAULIAHAN KOR SISPA PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 2 TAHUN 2011

PENGENALAN PROGRAM

Perhimpunan dan Majlis Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) adalah satu program yang dirancang untuk menghimpunkan Kor Siswa Siswa Pertahanan Awam (SISPA) dari seluruh IPTA/S di Malaysia. Program ini diadakan bertujuan untuk mencungkil dan menguji kemahiran setiap pelajar yang mengikuti program Kokurikulum Pertahanan Awam di setiap IPTA/S. Selain itu, ia diadakan juga bagi membentuk integrasi, perpaduan dan kerjasama di antara kor siswa siswi Pertahanan Awam.

Perhimpunan dan Majlis Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) Peringkat Kebangsaan Kali Pertama telah diadakan di UiTM Shah Alam pada tahun 2010 dengan jayanya. Pada perhimpunan tersebut sebanyak 13 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S) dan 5 kampus cawangan UiTM telah terlibat dengan jumlah penyertaan keseluruhan adalah seramai 950 orang.

USIM SEBAGAI TUAN RUMAH TAHUN 2011

Pada tahun 2011 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mendapat penghormatan dengan dilantik untuk menjadi tuan rumah bagi dan Perhimpunan Dan Majlis Pentauliahan Kor Siswa Siswa Pertahanan Awam (SISPA) Peringkat Kebangsaan Kali Kedua Tahun 2011.

Perhimpunan kali ini adalah lebih besar dengan menggabungkan 14 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S) dari seluruh Malaysia yang mana dianggarkan seramai 1,700 orang bakal terlibat sepanjang penganjuran program ini bermula pada 9 hingga 12 November 2011 bertempat di Kampus Induk USIM, Nilai, Negeri Sembilan.

OBJEKTIF PENGANJURAN

Antara objektif utama penganjuran Perhimpunan dan Majlis Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) ini adalah seperti berikut :-

i.    Mewujudkan ruang perbincangan, perkongsian pengalaman dan idea dalam mengukuhkan lagi pelaksanaan Kor SISPA di setiap IPTA/S terutamanya dalam usaha menerapkan elemen Kemahiran Isnaniah (KI) dalam proses latihan serta pengajaran dan pembelajaran menerusi Kemahiran Pembelajaran Berterusan Dan Pengurusan Maklumat serta Kemahiran Komunikasi.

ii.    Memupuk integrasi nasional yang berteraskan semangat kesukarelawanan, sedia berkerjasama dan persaingan sihat dalam menguji kemahiran, pengetahuan dan ilmu yang dipelajari oleh mahasiswa/i sepanjang mengikuti latihan Kor SISPA di IPTA/S menerusi Kemahiran Kerja Berpasukan, Kemahiran Kepimpinan serta Kemahiran Pemikiran Kritis Dan Penyelesaian Masalah.

iii.    Menerap nilai Moral Dan Etika Profesional menerusi penglibatan di dalam pelbagai aktiviti dan program yang dianjurkan selain memupuk pembangunan idea inovatif, semangat kerjasama, tanggungjawab, perikemanusiaan, taat setia, dan cintakan negara di kalangan mahasiswa.

PENGISIAN PROGRAM

Pengisian Majlis Formal

i.    Majlis Perasmian Perhimpunan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) IPTA/S   
      Peringkat Kebangsaan Kali Kedua Tahun 2011.
ii.   Majlis Penutup Perhimpunan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) IPTA/S 
      Peringkat Kebangsaan Kali Kedua Tahun 2011
iii.  Majlis Pentauliahan Pangkat Dan Penyampaian Watikah Pegawai Kehormat, Bersekutu 
      dan Pegawai Kadet SISPA 2011.
iv.  Majlis Makan Malam Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) IPTA/S Peringkat 
      Kebangsaan Tahun 2011

Pengisian Pertandingan

i.    Kemahiran Perawatan Awal
ii.    Kemahiran Menyelamat
iii.    Kemahiran Melawan Kebakaran
iv.    Kemahiran Kawad Kaki

Pengisian Akademik dan Penerapan Nilai Islam

i.    Forum Perdana Pertahanan Awam ” Pertahanan Awam Nadi Kesejahteraan Rakyat” 
      Sempena Perhimpunan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) IPTA/S Peringkat 
      Kebangsaan Kali Kedua Tahun 2011.
ii.    Program Kuliah/ Tazkirah Subuh dan Maghrib

KEMAHIRAN INSANIAH (KI) – SOFT SKILL

Menerusi aktiviti dan pengisian yang dirangka sepanjang Program ini akan menjana dan memangkin pembangunan Kemahiran Insaniah (KI) Mahasiswa/i seperti berikut :-

i.    Kemahiran Komunikasi
ii.    Kemahiran Kepimpinan
iii.    Etika Dan Moral Profesional
iv.    Kemahiran Kerja Berpasukan
v.    Pembelajaran Berterusan Dan Pengurusan Maklumat
vi.    Pemikiran Kritis Dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah
vii.    Kemahiran Keusahawanan

Untuk maklumat lanjut sila layari http//:www.perhimpunansispa.wordpress.com


Sekretariat SISPA USIM
Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800, Nilai Negeri Sembilan

Telefon : 06-798 8716/ 8174/ 8693
Faks : 06-798 8297


Untuk maklumat lanjut sila layari :

http//:www.sispausim.blogspot.com