Video Korporat USIM (Bahasa Melayu) - 2011

PENTING - MAKLUMAN TERKINI!

Ujian Penilaian Malaysian Soft Skills Scale (My3s) - Pelajar Tahun 1 Cetak Emel

PENGUMUMAN

Adalah dimaklumkan SEMUA PELAJAR TAHUN SATU (1) WARGANEGARA MALAYSIA adalah DIWAJIBKAN mengisi ujian Penilaian Malaysian Soft Skills Scale (My3S) dengan mengakses laman sesawang Malaysian Soft Skills Scale (My3S)

Laman Sesawang berikut : http://jpt.mohe.gov.my/my3s/members/index_home.php

(klik link untuk ke sistem Malaysian Soft Skills Scale (My3S))

Tarikh Ujian : 7 November 2011 hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, boleh menghubungi Fakulti masing-masing atau Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI).

Pelajar dinasihatkan menjawab ujian ini lebih awal agar tidak mengalami masalah bebanan talian akibat kesesakan akses disaat akhir pada sistem Penilaian Malaysian Soft Skills Scale (My3S) ini. Untuk makluman Penilaian ini turut melibatkan semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia. Penilaian ini adalah bagi membolehkan pelajar sendiri mengetahui tahap Kemahiran Insaniah (KI) seterusnya melakukan usaha penambahbaikan.


Akses pelajar adalah menggunakan NO. MATRIK dan NO. KAD PENGENALAN sebagai Nama Pengguna dan Kata Laluan.

Monday, 15 August 2011

LATAR BELAKANG PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN INSANIAH (PPKI) USIM

Pada 19 Oktober 2006 Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah bersetuju menubuhkan Unit Kokurikulum USIM di bawah penyeliaan Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa) khusus untuk menawarkan Kursus Kokurikulum di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Pada tahun 2008 Unit Kokurikulum USIM telah dinaik taraf menjadi Pusat Kokurikulum USIM dan berdiri sebagai sebuah Pusat Tanggungjawab (PTJ) dengan mengekalkan fungsi yang sedia ada.

Selaras dengan hasrat Kerajaan yang mahu memperkasakan Kemahiran Insaniah (KI) pelajar keseluruhannya bagi melahirkan Modal Insan berkualiti,  pada tahun 2010 Pengurusan Universiti telah menjenamakan semula Pusat Kokurikulum USIM kepada Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) USIM yang berfungsi mengendalikan pelaksanaan Kursus Kokurikulum Berkredit dan meneraju usaha melahirkan Graduan USIM yang Holistik serta memiliki Kemahiran Insaniah (KI) yang tinggi.

No comments:

Post a Comment