KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
Kursus Kokurikulum di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah kursus Wajib Universiti (WU) dan berkredit.
Para pelajar WAJIB mengambil dan mengikuti salah satu Kursus Kokurikulum Berkredit yang ditawarkan dan pelajar digalakkan mengambil dan mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit ini pada tahun satu (1) pengajian sama ada pada semester I atau semester II.
Nilai gred yang diperolehi bagi kursus tersebut tidak diambil kira dalam pengiraan Purata Nilai Gred Semester (PNGS) dan Kumulatif (PNGK). Namun begitu LULUS ADALAH DISYARATKAN bagi tujuan pengijazahan dan gred yang diperolehi dinyatakan di dalam transkrip rasmi.
Berikut adalah maklumat jam kredit dan tempoh pengajian bagi Kursus di bawah Teras Sukan dan Teras Kebudayaan :-
| Jam Kredit | Semester Pengajian |
Kursus Di Bawah Teras Sukan | dua (2) jam kredit | satu (1) semester pengajian |
Kursus Di Bawah Teras Kebudayaan | dua (2) jam kredit | satu (1) semester pengajian |
Bagi Kursus di bawah Teras Kesukarelawanan terdapat perbezaan jam kredit dan tempoh mengikuti pengajian.
| Jam Kredit | Semester Pengajian |
SUKSIS | enam (6) jam kredit | enam (6) semester pengajian |
SISPA | empat (4) jam kredit | empat (4) semester pengajian |
PALAPES | enam (6) jam kredit | enam (6) semester pengajian |
BSM | tiga (3) jam kredit | tiga (3) semester pengajian |
Ini adalah kerana Silibus yang bakal diikuti akan membolehkankan pelajar yang mengikuti secara penuh Kursus di bawah Teras Kesukarelawanan di tauliahkan/ diiktiraf dan boleh memberikan sumbangan sebagai anggota rasmi Pasukan Beruniform berkaitan.
NOTA : SUKSIS - Sukarelawan Polis Siswa Siswi (PDRM)
SISPA - Siswa Siswi Pertahanan Awam (JPAM)
PALAPES - Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (ATM)
BSM - Bulan Sabit Merah (BSM Malaysia)
No comments:
Post a Comment