Adalah dimaklumkan SEMUA PELAJAR TAHUN SATU (1) WARGANEGARA MALAYSIA adalah DIWAJIBKAN mengisi ujian Penilaian Malaysian Soft Skills Scale (My3S) dengan mengakses laman sesawang Malaysian Soft Skills Scale (My3S)
Laman Sesawang berikut : http://jpt.mohe.gov.my/my3s/members/index_home.php
Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, boleh menghubungi Fakulti masing-masing atau Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI).
Pelajar dinasihatkan menjawab ujian ini lebih awal agar tidak mengalami masalah bebanan talian akibat kesesakan akses disaat akhir pada sistem Penilaian Malaysian Soft Skills Scale (My3S) ini. Untuk makluman Penilaian ini turut melibatkan semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia. Penilaian ini adalah bagi membolehkan pelajar sendiri mengetahui tahap Kemahiran Insaniah (KI) seterusnya melakukan usaha penambahbaikan.
Akses pelajar adalah menggunakan NO. MATRIK dan NO. KAD PENGENALAN sebagai Nama Pengguna dan Kata Laluan.
BIL | PELAKSANAAN | TARIKH SASARAN | CATATAN |
1 | Penyelarasan “Database” | 15 – 24 November 2011 | PPKI SELAKU URUSETIA MELAKUKAN PENYELARASAN DATABASE MNGIKUT FORMAT KPT DENGAN KERJASAMA PTM USIM |
2 | Menyerahkan “Database” Kepada JPT | 25 November 2011 | DATABASE DISERAHKAN KEPADA KPT UNTUK PERSEDIAAN SISTEM |
2 | Penyelarasan SISTEM My3S data yang diterima dari USIM | 25 – 30 November 2011 | DATABASE DI INTEGRASIKAN MENERUSI SISTEM MY3S |
3 | Sistem boleh diakses dan Ujian My3S boleh dimulakan oleh pelajar tahun akhir | 1 Disember 2011 | PELAJAR BOLEH MULA MENGAKSES SISTEM DAN MELAKUKAN UJIAN MY3S |
4 | Tarikh Tamat - SASARAN USIM 95% PELAJAR TAHUN SATU MENJALANI UJIAN MY3S | 6 Januari 2012 | TARIKH AKHIR PELAJAR MELAKUKAN UJIAN MY3S & AKSES SISTEM DIBUKA SEHINGGA 12.00 TENGAH MALAM (SISTEM DIBUKA SELAMA 5 MINGGU) |
Selamat menjalani ujian
No comments:
Post a Comment