Perhimpunan dan Majlis Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) adalah satu program yang dirancang untuk menghimpunkan Kor Siswa Siswa Pertahanan Awam (SISPA) dari seluruh IPTA/S di Malaysia. Program ini diadakan bertujuan untuk mencungkil dan menguji kemahiran setiap pelajar yang mengikuti program Kokurikulum Pertahanan Awam di setiap IPTA/S. Selain itu, ia diadakan juga bagi membentuk integrasi, perpaduan dan kerjasama di antara kor siswa siswi Pertahanan Awam.
Perhimpunan dan Majlis Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) Peringkat Kebangsaan Kali Pertama telah diadakan di UiTM Shah Alam pada tahun 2010 dengan jayanya. Pada perhimpunan tersebut sebanyak 13 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S) dan 5 kampus cawangan UiTM telah terlibat dengan jumlah penyertaan keseluruhan adalah seramai 950 orang.
USIM SEBAGAI TUAN RUMAH TAHUN 2011
Pada tahun 2011 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mendapat penghormatan dengan dilantik untuk menjadi tuan rumah bagi dan Perhimpunan Dan Majlis Pentauliahan Kor Siswa Siswa Pertahanan Awam (SISPA) Peringkat Kebangsaan Kali Kedua Tahun 2011.
Perhimpunan kali ini adalah lebih besar dengan menggabungkan 14 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S) dari seluruh Malaysia yang mana dianggarkan seramai 1,700 orang bakal terlibat sepanjang penganjuran program ini bermula pada 9 hingga 12 November 2011 bertempat di Kampus Induk USIM, Nilai, Negeri Sembilan.
OBJEKTIF PENGANJURAN
Antara objektif utama penganjuran Perhimpunan dan Majlis Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) ini adalah seperti berikut :-
i. Mewujudkan ruang perbincangan, perkongsian pengalaman dan idea dalam mengukuhkan lagi pelaksanaan Kor SISPA di setiap IPTA/S terutamanya dalam usaha menerapkan elemen Kemahiran Isnaniah (KI) dalam proses latihan serta pengajaran dan pembelajaran menerusi Kemahiran Pembelajaran Berterusan Dan Pengurusan Maklumat serta Kemahiran Komunikasi.
ii. Memupuk integrasi nasional yang berteraskan semangat kesukarelawanan, sedia berkerjasama dan persaingan sihat dalam menguji kemahiran, pengetahuan dan ilmu yang dipelajari oleh mahasiswa/i sepanjang mengikuti latihan Kor SISPA di IPTA/S menerusi Kemahiran Kerja Berpasukan, Kemahiran Kepimpinan serta Kemahiran Pemikiran Kritis Dan Penyelesaian Masalah.
iii. Menerap nilai Moral Dan Etika Profesional menerusi penglibatan di dalam pelbagai aktiviti dan program yang dianjurkan selain memupuk pembangunan idea inovatif, semangat kerjasama, tanggungjawab, perikemanusiaan, taat setia, dan cintakan negara di kalangan mahasiswa.
Pengisian Majlis Formal
i. Majlis Perasmian Perhimpunan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) IPTA/S
ii. Majlis Penutup Perhimpunan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) IPTA/S
iii. Majlis Pentauliahan Pangkat Dan Penyampaian Watikah Pegawai Kehormat, Bersekutu
iv. Majlis Makan Malam Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) IPTA/S Peringkat
Pengisian Pertandingan
i. Kemahiran Perawatan Awal
ii. Kemahiran Menyelamat
iii. Kemahiran Melawan Kebakaran
iv. Kemahiran Kawad Kaki
Pengisian Akademik dan Penerapan Nilai Islam
i. Forum Perdana Pertahanan Awam ” Pertahanan Awam Nadi Kesejahteraan Rakyat”
ii. Program Kuliah/ Tazkirah Subuh dan Maghrib
Menerusi aktiviti dan pengisian yang dirangka sepanjang Program ini akan menjana dan memangkin pembangunan Kemahiran Insaniah (KI) Mahasiswa/i seperti berikut :-
i. Kemahiran Komunikasi
ii. Kemahiran Kepimpinan
iii. Etika Dan Moral Profesional
iv. Kemahiran Kerja Berpasukan
v. Pembelajaran Berterusan Dan Pengurusan Maklumat
vi. Pemikiran Kritis Dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah
vii. Kemahiran Keusahawanan
Untuk maklumat lanjut sila layari http//:www.perhimpunansispa.wordpress.com