Video Korporat USIM (Bahasa Melayu) - 2011

PENTING - MAKLUMAN TERKINI!

Ujian Penilaian Malaysian Soft Skills Scale (My3s) - Pelajar Tahun 1 Cetak Emel

PENGUMUMAN

Adalah dimaklumkan SEMUA PELAJAR TAHUN SATU (1) WARGANEGARA MALAYSIA adalah DIWAJIBKAN mengisi ujian Penilaian Malaysian Soft Skills Scale (My3S) dengan mengakses laman sesawang Malaysian Soft Skills Scale (My3S)

Laman Sesawang berikut : http://jpt.mohe.gov.my/my3s/members/index_home.php

(klik link untuk ke sistem Malaysian Soft Skills Scale (My3S))

Tarikh Ujian : 7 November 2011 hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, boleh menghubungi Fakulti masing-masing atau Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI).

Pelajar dinasihatkan menjawab ujian ini lebih awal agar tidak mengalami masalah bebanan talian akibat kesesakan akses disaat akhir pada sistem Penilaian Malaysian Soft Skills Scale (My3S) ini. Untuk makluman Penilaian ini turut melibatkan semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia. Penilaian ini adalah bagi membolehkan pelajar sendiri mengetahui tahap Kemahiran Insaniah (KI) seterusnya melakukan usaha penambahbaikan.


Akses pelajar adalah menggunakan NO. MATRIK dan NO. KAD PENGENALAN sebagai Nama Pengguna dan Kata Laluan.

Sunday 11 December 2011

FESTIVAL KOKURIKULUM MAHASISWA (FESKOM) II 2011

 FESTIVAL KOKURIKULUM MAHASISWA (FESKOM) II 2011
‘Menjana Transformasi Graduan Holistik ‘


LATAR BELAKANG PROGRAM 


Festival Kokurikulum Mahasiswa atau dikenali sebagi FESKOM merupakan program yangdianjurkan secara berkala setiap semester bertujuan sebagai platform untuk pelajar kokurikulum semester berkenaan mempraktikkan kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi sepanjang mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit di bawah seliaan Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah.


Penglibatan dalam Kursus Kokurikulum Berkredit akan memberikan lebih banyak ruang untuk pelajar menimba ilmu, pengetahuan dan kemahiran menerusi kaedah “Experiential learning” dan praktikal menerusi pelaksanaan tugasan, projek dan program oleh pelajar menerusi Kursus Kokurikulum Berkeredit. 


Selain itu Penglibatan dalam Kursus Kokurikulum Berkredit juga bertujuan enanamkan sikap “suka berdikari”, “memiliki minat mendalam” dan “rasa bertanggungjawab” terhadap diri pelajar untuk meneroka, mencari dan menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran atas kesedaran untuk membangunkan diri sendiri terutama dalam menguasai Kemahiran Insaniah (KI) agar lahir sebagai seorang graduan yang holistik serta mudah diterima dalam alam pekerjaan.


OBJEKTIF PROGRAM

1.   Memberikan platform untuk pelajar kokurikulum semester berkenaan mempraktikkan kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi sepanjang mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit.

2.   Melahirkan mahasiswa/i yang prihatin dan bersedia untuk memberikan khidmat kepada masyarakat menerusi kemahiran dan pengalaman yang dimiliki.

3.   Mengukuhkan kesedaran mahasiswa/i berkenaan kepentingan menguasai Kemahiran Insaniah (KI) selain pencapaian akademik yang cemerlang.


4.   Menjana kesedaran akan peri pentingnya penjagaan kesihatan menerusi aktiviti sukan dan riadah agar membentuk mahasiswa yang seimbang dari segi rohani dan jasmani.

TENTATIF PROGRAM

1.       PERTANDINGAN DAN BENGKEL KEMAHIRAN SEMPENA FESKOM
Tarikh        : 14 Disember 2011 (Rabu)
Tempat      : Kompleks Sukan Tuanku Najihah
Masa         : 2.00 hingga 6.30 petang


Bil
Acara Pertandingan
Tempat
Penyertaan
1
Pertandingan Tenpin Boling
Mega Lane Bukit Jalil
Terbuka
2
Pertandingan Boling Padang
Gelanggang Boling Padang Sepang
Terbuka
3
Pertandingan Bola Sepak
Padang Bola Sepak USIM
Terbuka
4
Pertandingan Bola Tampar
Gelanggang Bola Tampar USIM
Terbuka
5
Pertandingan Bola Jaring
Gelanggang Bola Jaring USIM
Terbuka
6
Pertandingan Bola Baling
Gelanggang Bola Baling USIM
Terbuka
7
Pertandingan Futsal
Gelanggang Futsal USIM
Terbuka
8
Pertandingan Tenis
Gelanggang Tenis USIM
Terbuka
9
Pertandingan Takraw
Gelanggang Takraw USIM
Terbuka
10
Pertandingan Khat Arab
Kompleks Sukan Tuanku Najihah
Terbuka
11
Klinik Memanah
Gelanggang Memanah USIM
Terbuka
12
Klinik Golf
Kompleks Sukan Tuanku Najihah
Terbuka

2.       MAJLIS PERASMIAN FESKOM II TAHUN 2011 & PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA TAMAN DESA ANGGERIK
Tarikh        : 17 Disember 2011 (Sabtu)
Tempat      : Padang Sukan Taman Desa Anggerik
Masa         : 7.30 hingga 11.30 pagi
Pakaian     : Sukan


Masa
Aturcara
7.30 pagi
- Ketibaan para pelajar
8.00 pagi
- Ketibaan Pengarah PPKI dan Jemputan
8.15 pagi
- Ketibaan Y.Bhg. Dato’ Naib Canselor USIM
- Bacaan Doa
- Ikrar pelajar
- Ucapan PengarahPPKI
- Ucapan Pengerusi JKKK Taman Anggerik
- Ucapan Y.Bhg. Dato’ Naib Canselor USIM
8.30 pagi
- Acara Senaman MEGA 1Malaysia
- Demo Taekwando dan Silat
9.00 pagi
- Minum pagi
9.00 pagi
- Acara Gotong Royong PERDANA 1 Malaysia Bersama Penduduk 
  Taman Anggerik
10.30 pagi
- Jamuan Pagi Bersama Penduduk Taman Anggerik
11.00 pagi
- Bersurai
 
3. MAJLIS PENUTUP DAN MALAM KESENIAN
Tarikh        : 17 Disember 2011 (Sabtu)
Tempat      : Dewan Kuliah Pusat 3 USIM
Masa         : 8.00 hingga 10.30 malam
Pakaian     : Batik (lelaki & wanita)


Masa
Aturcara
8.00 mlm
- Ketibaan Para Pelajar
8.15 mlm
- Ketibaan Pengarah PPKI dan Jemputan
8.30 mlm
- Ketibaan Y.Bhg. Dato’ TNC HEPA USIM
- Nyanyian Lagu USIM
- Bacaan Doa
- Ucapan Pengarah PPKI
- Ucapan Y.Bhg. Dato’ TNC HEPA
9.00 mlm
- Persembahan Nasyid
- Persembahan Teater
- Persembahan Koir
- Persembahan Nasyid
10.00 mlm
- Penyampaian Ikon Kokurikulum
- Penyampaian Hadiah Pertandingan
- Penyampaian Cenderamata
10.30 mlm
- Minum Malam & Bersurai

Penglibatan adalah diwajibkan bagi semua pelajar yang mengambil Kursus Kokurikulum Semester 1 sesi 2011/2012 seramai 1,462 pelajar yang terdiri dari Kursus Teras Sukan, Teras Kebudayaan dan Teras Kesukarelawanan

Thursday 1 December 2011

PENGUMUMAN

Adalah dimaklumkan SEMUA PELAJAR TAHUN SATU (1) WARGANEGARA MALAYSIA adalah  DIWAJIBKAN mengisi ujian Penilaian Malaysian Soft Skills Scale (My3S) dengan mengakses laman sesawang Malaysian Soft Skills Scale (My3S)

Laman Sesawang berikut : http://jpt.mohe.gov.my/my3s/members/index_home.php
(klik link untuk ke sistem Malaysian Soft Skills Scale (My3S))
Tarikh Ujian : 7 November 2011 hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, boleh menghubungi Fakulti masing-masing atau Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI).


Pelajar dinasihatkan menjawab ujian ini lebih awal agar tidak mengalami masalah bebanan talian akibat kesesakan akses disaat akhir pada sistem Penilaian Malaysian Soft Skills Scale (My3S) ini.  Untuk makluman Penilaian ini turut melibatkan semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia.  Penilaian ini adalah bagi membolehkan pelajar sendiri mengetahui tahap Kemahiran Insaniah (KI) seterusnya melakukan usaha penambahbaikan.


Akses pelajar adalah menggunakan NO. MATRIK dan NO. KAD PENGENALAN sebagai Nama Pengguna dan Kata Laluan.


JADUAL PELAKSANAAN UJIAN MY3S KPT
UNTUK RUJUKAN PELAJAR 

Pelajar adalah dinasihatkan TIDAK MENUNGGU sehingga saat akhir untuk melakukan ujian kerana dibimbangi berlaku kegagalan sistem atas faktor bebanan akses pada saat akhir.

BIL
PELAKSANAAN
TARIKH SASARAN
CATATAN
1
Penyelarasan “Database”
15 – 24 November 2011
PPKI SELAKU URUSETIA MELAKUKAN PENYELARASAN DATABASE MNGIKUT FORMAT KPT DENGAN KERJASAMA PTM USIM
2
Menyerahkan “Database” Kepada JPT
25 November 2011
DATABASE DISERAHKAN KEPADA KPT UNTUK PERSEDIAAN SISTEM
2
Penyelarasan SISTEM My3S data yang diterima  dari USIM
25 – 30 November 2011
DATABASE DI INTEGRASIKAN MENERUSI SISTEM MY3S
3
Sistem boleh diakses dan  Ujian My3S boleh dimulakan oleh pelajar tahun akhir
1 Disember 2011
PELAJAR BOLEH MULA MENGAKSES SISTEM DAN MELAKUKAN UJIAN MY3S
4
Tarikh Tamat
- SASARAN USIM 95% PELAJAR TAHUN SATU MENJALANI UJIAN MY3S
6 Januari 2012
TARIKH AKHIR PELAJAR MELAKUKAN UJIAN MY3S & AKSES SISTEM DIBUKA SEHINGGA             12.00 TENGAH MALAM
(SISTEM DIBUKA SELAMA 5 MINGGU)

Selamat menjalani ujian
TERIMA KASIH