Video Korporat USIM (Bahasa Melayu) - 2011

PENTING - MAKLUMAN TERKINI!

Ujian Penilaian Malaysian Soft Skills Scale (My3s) - Pelajar Tahun 1 Cetak Emel

PENGUMUMAN

Adalah dimaklumkan SEMUA PELAJAR TAHUN SATU (1) WARGANEGARA MALAYSIA adalah DIWAJIBKAN mengisi ujian Penilaian Malaysian Soft Skills Scale (My3S) dengan mengakses laman sesawang Malaysian Soft Skills Scale (My3S)

Laman Sesawang berikut : http://jpt.mohe.gov.my/my3s/members/index_home.php

(klik link untuk ke sistem Malaysian Soft Skills Scale (My3S))

Tarikh Ujian : 7 November 2011 hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, boleh menghubungi Fakulti masing-masing atau Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI).

Pelajar dinasihatkan menjawab ujian ini lebih awal agar tidak mengalami masalah bebanan talian akibat kesesakan akses disaat akhir pada sistem Penilaian Malaysian Soft Skills Scale (My3S) ini. Untuk makluman Penilaian ini turut melibatkan semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia. Penilaian ini adalah bagi membolehkan pelajar sendiri mengetahui tahap Kemahiran Insaniah (KI) seterusnya melakukan usaha penambahbaikan.


Akses pelajar adalah menggunakan NO. MATRIK dan NO. KAD PENGENALAN sebagai Nama Pengguna dan Kata Laluan.

Sunday 28 August 2011

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Seluruh Warga Kerja Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin. 

Semoga Aidilfitri yang mendatang memberikan 1001 Rahmat dan keceriaan buat kita semua.


Hati-hati memandu dan semoga selamat tiba ke destinasi untuk bersama insan yang tersayang..


Kepada bakal pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang akan mendaftar pada 7 September 2011 (Rabu), Warga Kerja Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) mengucapkan tahniah dan syabas kerana terpilih untuk mengikuti pengajian di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

InsyaAllah segala persiapan untuk menerima kehadiran saudara dan saudari hampir 100% selesai dilaksanakan. 

Harapan kami adalah semoga saudara dan saudari akan dapat memberikan usaha yang terbaik di sepanjang pengajian di USIM agar mencapai kecemerlangan akademik serta memiliki Kemahiran Insaniah (KI) yang tinggi seterusnya lahir sebagai graduan USIM yang mudah mendapat tempat dipasaran pekerjaan selain memenuhi amanah dan harapan keluarga tercinta.

Sekian Wassalam.
29 Ramadhan 1432H
29 Ogos 2011

SENARAI KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT DITAWARKAN BAGI SEMESTER I SESI 2011/2012


TERAS KESUKARELAWANAN (BAGI TAHUN SATU SAHAJA)

BIL
KURSUS
KOD KURSUS
KUOTA PELAJAR
1
Bulan Sabit Merah (BSM)
CBA1033
120 orang pelajar
2
Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA)
CBA 1054
200 orang pelajar
3
Sukarelawan Siswa/Siswi Polis (SUKSIS)
CBA1016
70 orang pelajar
4
Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES)
CBA1046
100 orang pelajar


TERAS SUKAN

BIL
KURSUS
KOD KURSUS
BILANGAN KELAS
KUOTA BAGI SATU KELAS
1
Boling
CDA1132
2 Kelas
40 orang
2
Bola Sepak
CDA1152
1 Kelas
40 orang
3
Bola Jaring
CDA1172
1 Kelas
30 orang
4
Bola Baling
CDA1182
1 Kelas
30 orang
5
Futsal
CDA1192
1 Kelas
30 orang
6
Golf
CDA1102
4 Kelas
20 orang
7
Boling Padang
CDA1142
2 Kelas
40 orang
8
Memanah
CDA1122
1 Kelas
30 orang
9
Bola Tampar
CDA1162
1 Kelas
40 orang
10
Takraw
CDA1132
1 Kelas
20 orang
11
Tenis
CDA1202
1 Kelas
30 orang
12
Taekwando
CDA1212
4 Kelas
20 orang
13
Badminton
CDA1252
2 Kelas
20 orang


TERAS KEBUDAYAAN

BIL
KURSUS
KOD KURSUS
BILANGAN KELAS
KUOTA BAGI SATU KELAS
1
Teater
(CCA1052)
4 Kelas
30 orang
2
Silat
(CCA1062)
2 Kelas
40 orang
3
Koir
 (CCA1072)
2 Kelas
40 orang
4
Kompang
 (CCA1082)
4 Kelas
30 orang
5
Nasyid
(CCA1092)
2 Kelas
30 orang
6
Seni Khat Arab
(CCA1112)
4 Kelas
30 orang

Makluman Pendaftaran Kursus Kokurikulum Berkredit Semester I Sesi 2011/2012 Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI)


1.    Maklumat Pendaftaran Kursus-Kursus Di Bawah Teras Sukan & Teras Kebudayaan ( Bagi Tahun 1 hingga Tahun 4) Sila Hadir Dan Mendaftar Untuk Kursus Yang Diminati.

Tarikh  :           14 September 2011 (Rabu)
Masa    :           02:00 petang hingga 05:00 petang
Tempat :           Dewan Kuliah Pusat 2 (DKP 2)


2.    Maklumat Pendaftaran Dan Proses Pengambilan Anggota Pasukan Badan Beruniform Di Bawah Teras Kesukarelawanan ( Tahun 1 Sahaja) : Jika Berminat Sila Hadir & Daftarkan Diri Anda.

i.             Proses Pra-Pendaftaran Untuk Semua Pasukan Beruniform Di laksanakan Di Khemah Pameran Sepanjang Minggu Taaruf
Tarikh  :           7 - 8 September 2011
Masa    :          9:00 pagi - 5:00 petang
Tempat :         Tapak Pameran, Lobi Stadium Tertutup Nilai

ii.           Pendaftaran Pendaftaran Kursus Bulan Sabit Merah (BSM) - CBA1033
Tarikh  :           14 September 2011 (Rabu)
Masa    :          02:00 petang hingga 05:00 petang
Tempat :          DKS 1.1 FKP

iii.           Pra Pendaftaran & Ujian Fizikal Kursus CBA1016 SUKSIS
Tarikh  :           12 - 15 September 2011 (setiap hari)
Masa    :          09:00 petang hingga 05:00 petang
Tempat :          Pejabat Suksis, Pusat Keusahawanan Pelajar (PKP)

iv.          Pra Pendaftaran & Ujian Kecergasan Kursus CBA1046 PALAPES
Tarikh  :           12 hingga 14 September 2011 (setiap hari)
Masa    :           02:00 petang hingga 07:00 petang
Tempat :          Kompleks Sukan Tunku Najihah (KSTN)

v.            Pra Pendaftaran : Ujian Kecergasan Kursus CBA1054 SISPA
Tarikh  :           12 hingga 14 September 2011 (setiap hari)
Masa    :           02:00 petang hingga 07:00 petang
Tempat :          Kompleks Sukan Tunku Najihah (KSTN)

“ Menjana Transformasi Graduan Holistik”

APA PERLU DILAKUKAN PELAJAR???


Apa yang perlu pelajar/graduan lakukan agar lahir sebagai graduan yang holistik dan mudah mendapat pekerjaan.





TAHAP KEMAHIRAN INSANIAH YANG PERLU DIKUASAI


KI 1
Kemahiran Berkomunikasi (CS - Communication Skills)

Kemahiran berkomunikasi melibatkan komunikasi berkesan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam konteks yang berlainan dengan peserta komunikasi yang berlainan. Keterangan tiga Kemahiran Berkomunikasi (CS) adalah seperti berikut:

Tahap Kemahiran Perlu Dikuasai

CS1
Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan dengan penuh keyakinan, secara lisan
dan bertulis.
CS2
Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum balas.
CS3
Kebolehan membuat pembentangan secara jelas, penuh keyakinan dan bersesuaian dengan tahap pendengar.



KI 2
Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah
(CTPS - Critical Thinking and Problem Solving )

Kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah (CTPS) melibatkan kebolehan berfikir secara kritis, kreatif, inovatif, analitis, serta kebolehan mengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan kepada masalah baru dan berlainan. Keterangan tiga kemahiran CTPS adalah seperti berikut:

Tahap Kemahiran Perlu Dikuasai

CTPS1
Kebolehan mengenal pasti dan menganalisis masalah dalam situasi kompleks dan kabur, serta membuat penilaian yang berjustifikasi
CTPS2
Kebolehan mengembang dan membaiki kemahiran berfikir seperti menjelaskan, menganalisis dan menilai perbincangan
CTPS3
Kebolehan mencari idea dan mencari penyelesaian alternatif.



KI 3
Kemahiran Kerja Berpasukan (TS - Team Work Skills)

Kemahiran kerja berpasukan (TS) melibatkan kebolehan untuk bekerjasama dengan orang lain daripada pelbagai latar belakang sosiobudaya untuk mencapai matlamat yang sama. Keterangan tiga tahap kemahiran TS adalah seperti berikut:

Tahap Kemahiran Perlu Dikuasai

TS1
Kebolehan membina hubungan baik, berinteraksi dan bekerja secara efektif bersama untuk mencapai objektif yang sama
TS2
Kebolehan memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua kumpulan dan ahli kumpulan
TS3
Kebolehan mengenali dan menghormati sikap, kelakuan, dan kepercayaan orang lain


KI 4
Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
(LL - Lifelong Learning and Information Management)

Pembelajaran berterusan (LL) melibatkan usaha belajar berdikari dalam pemerolehan kemahiran dan pengetahuan baru. Keterangan dua tahap LL adalah seperti berikut:

Tahap Kemahiran Perlu Dikuasai

LL1
Kebolehan mencari dan mengurus maklumat yang
relevan daripada pelbagai sumber
LL2
Kebolehan menerima idea baru dan berkeupayaan
untuk pembelajaran autonomi



KI 5
Kemahiran Keusahawanan (ES - Entrepreneurship Skills)

Kemahiran keusahawanan (ES) melibatkan keupayaan untuk meneroka peluang dan membangunkan kesedaran tentang risiko (risk awareness), kreativiti dan inovasi dalam aktiviti berkaitan perniagaan dan pekerjaan. Keterangan tiga tahap ES adalah
seperti berikut:

Tahap Kemahiran Perlu Dikuasai

ES1
Kebolehan mengenal pasti peluang perniagaan
ES2
Kebolehan merangka perancangan perniagaan
ES3
Kebolehan membina, meneroka dan merebut peluang perniagaan dan pekerjaan



KI 6
Etika dan Moral Profesional
(EM - Ethics & Professional Morals)

Etika dan Moral Profesional (EM) melibatkan kebolehan untuk mengamalkan standard moral yang tinggi dalam amalan  profesional dan interaksi sosial. Berikut adalah keterangan bagi dua tahap EM adalah seperti berikut,

Tahap Kemahiran Perlu Dikuasai

EM1
Kebolehan memahami kesan ekonomi, alam sekitar
dan sosiobudaya dalam amalan profesional
EM2
Kebolehan menganalisis dan membuat keputusan
dalam penyelesaian masalah berkaitan etika



.KI 7
Kemahiran Kepimpinan (LS - Leadership Skills)

Kemahiran kepimpinan (LS) melibatkan keupayaan untuk mengamalkan ciri-ciri kepimpinan dalam pelbagai aktiviti. Keterangan tahap LS adalah seperti berikut:

Tahap Kemahiran Perlu Dikuasai

LS1
Pengetahuan tentang teori asas kepimpinan
LS2
Kebolehan untuk memimpin projek
LS3
Kebolehan untuk memahami dan mengambil peranan
bersilih ganti antara ketua pasukan dan anggota pasukan